Kami,warga Pejabat Pelajaran Daerah Bachok dengan penuh tekad dan iltizam berikrar 
dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk meningkatkan
kualiti pendidikan secara menyeluruh di sekolah-sekolah kami dengan cara :
A. Memastikan program pendidikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, disiplin
    dan keceriaan dilaksanakan dengan berkesan.
B. Memastikan keperluan sumber manusia dan fizikal sentiasa relevan dan mencukupi.
C. Memastikan peruntukan kewangan mencukupi dan perbelanjaan dilaksanakan secara 
    berhemah.
D. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan pelanggan.
E. Sentiasa mengamalkan perkhidmatan mesra, adil, cekap, telus dan secara kesegeraan.
F. Memberi peluang pendidikan yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira latar 
    belakang agama dan keturunan.

 

 

PIAGAM PELANGGAN PPD BACHOK

 

SEKOLAH RENDAH

PUSAT KEGIATAN GURU
SEKOLAH AGAMA ( YIK )

 

SEKOLAH MENENGAH
SEKOLAH SWASTA