SEJARAH
PEJABAT PELAJARAN DAERAH BACHOK 

 

   1. Ditubuhkan pada 1 Januari 2004 melalui penambahan bilangan Pejabat Pelajaran Daerah 
         seluruh negara.
     2. Mulai daripada 1 Januari 2004, bilangan PPD di Kelantan menjadi tujuh buah  (sebelum ini 
         adalah lima buah).
     3. Pada 1 Januari 2004 – bilangan pegawai dan kakitangan berjumlah 30 orang. 
         Ini terdiri daripada 18 pegawai iktisas dan 12 kakitangan sokongan.
     4. Oleh kerana pembinaan bangunan PPD Bachok belum siap pada 1 Januari 2004,maka 
         pejabat sementara dibuka di SK Bachok, Jalan Nipah, 16300 Bachok, Kelantan.
     5. Kami berterima kasih kepada Guru Besar SK Bachok waktu itu, iaitu Encik Hamzah bin Said 
         yang telah memberi kerjasama baik sehingga kami dapat  beroperasi dengan lancar sepanjang 
         hampir empat bulan menumpang di sekolah tersebut.
     6. Bangunan PPD Bachok telah disiapkan dan mulai diduduki pada 23 Mac 2004.
     7. Premis ini dibina dengan kos sebanyak RM 146,000.00. Ia pada awalnya merupakan sebuah
         bangunan selapis sederet memanjang sepanjang jalan raya dari Pekan Jelawat ke Bachok.
     8. PPD Bachok terletak dalam kawasan Pusat Ko-kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 
         Tangok, Kelantan. Ia menyediakan 6 bilik pegawai, 1 bilik cetak, 1 stor, 1 bilik mesyuarat dan 
         2 ruang tandas untuk lelaki dan perempuan.
     9. Pada peringkat diduduki, setiap bilik dikongsi oleh 2 pegawai, selebihnya pegawai-pegawai di 
         Unit Agama Islam dan Moral, PPD ditempatkan di rumah rehat Pusat Ko-kurikulum di belakang
         bangunan PPD ini. Rumah rehat ini kemudiannya dipohon dari JPN (Ketua Sektor Kemanusiaan) 
         untuk dijadikan pejabat kekal PPD Bachok.
   10.Rumah rehat itu kemudiannya diubahsuai struktur dalamannya supaya menjadi lebih selesa, 
        dipasang aircond dan lain-lain peralatan.
  11. Pada awal tahun 2005 sebuah lagi bangunan didirikan di belakang bangunan utama yang
         menempatkan pegawai-pegawai Sektor Kemanusiaan dan Akademik.
  12. Pada bulan Disember 2005, satu lagi blok baru disiapkan yang menempatkan Penyelia-penyelia
         Pelajaran yang baru ditambah bilangannya pada pertengahan 2005. 
  13. Pegawai Pelajaran Daerah Bachok yang pertama ialah Tn.Hj. Nik Ariff Bin Raja Yusoff 
  14. Sehingga sekarang bilangan pegawai,  dan kakitangan di PPD Bachok adalah seperti berikut :-
   

 

 

 

 

SEKOLAH RENDAH

PUSAT KEGIATAN GURU
SEKOLAH AGAMA ( YIK )

 

SEKOLAH MENENGAH
SEKOLAH SWASTA

 

BIL
JAWATAN
BILANGAN
1
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
1
2
PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
6
3
PENYELIA KANAN PELAJARAN
3
4
PEGAWAI KHAS
3
5
PENYELIA PELAJARAN
7
6
PEMBANTU KHAS
4
7
PENOLONG AKAUNTAN
1
8
KPT ( KETUA PEMBANTU TADBIR )
1
9
PEMBANTU TADBIR
7
10
PEMBANTU AKAUNTAN
2
11
PEMBANTU AM RENDAH ( PAR )
1
12
PEMANDU
1
13
PEKERJA RENDAH AWAM ( PRA )
3
14
JAGA SWASTA
2
15
PEKERJA RENDAH AWAM ( SWASTA )
4